Friday, January 23, 2009

Friday, January 2, 2009

PELANCARAN BRIDGED TITIWANGSA

1/1/2009 Khamis, Kg Baru

Pelancaran Bridged Titiwangsa dengan rasminya berjaya dilancarkan.
Majlis dirasmikan oleh YB Dr Lo' Lo' Dato' Hj Mohd Ghazali, Ahli Parlimen Titiwangsa.
Pelbagai kaum telah mendaftarkan diri bagi menjayakan Bridged Titiwangsa dengan
membawa tema "KITA BERSAUDARA".
Difahamkan penubuhan pasukan ini bagi memantapkan lagi gerak kerja Ahli Parlimen Titiwangsa.
Semoga dengan penubuhan pasukan ini, bantuan & kerja-kerja amal untuk WARGA TITIWANGSA dapat dipertingkatkan lagi.
SYABAS!


Sesi perasmian...


Ahli Bridged dan orang ramai...


Kumpulan 'Bikers' turut menjayakan majlis...


En Ah Keong bersama-sama meraikan majlis...
Penyampaian Vest Bridged oleh YB Dr Lo' Lo'
Komanden Asri sedang menyampaikan Vest Bridged...

Kaum Wanita India turut sama menjayakan...
Abang-abang 'Bikers' turut sama...

Bergambar Kenang- kenangan....

Bergambar dengan 'Bikers'


Tuesday, December 30, 2008

SALAM 1430H

Tuesday, November 4, 2008

LAMBAIAN KA'ABAH

Salam Haji buat semua warga Haji.
Moga Haji Mabrur Ganjarannya.

Wednesday, October 22, 2008

TAKZIAH YB DR LO' LO'

Pemergiannya itu suatu
Pertemuan dengan KhalikNYA...

Wednesday, October 8, 2008

BERBUKA PUASA DI KG PINDAH

Majlis berlangsung pada 26 Ramadan, Jumaat
di sebuah Kelab Kg Pindah, Jalan Raja Muda Musa, Kg Baru.
sesi taklimat
sesi ramah mesra
menanti waktu ...
hidangan tersedia
waktu sudah hampir...
berkongsi pandangan
perbincangan...
ucapan aluan tuan rumah
Ucapan YB Dr Lo' Lo'
Semoga pertemuan dan perbincangan mendatang dapat diadakan
bagi memastikan matlamat & hasrat warga Kg Baru
tercapai dengan jayanya.

Monday, September 29, 2008

Tuesday, September 2, 2008

SALAM RAMADAN




Sunday, July 20, 2008

Taklimat Draf Pembangunan Kg Baru

Program: Taklimat Draf Pembangunan Kg Baru
Tarikh: 12 Julai 2008 (Sabtu)
Masa: 11.oo pagi
Tempat: Dewan Serbaguna, Jln Hamzah, Kg Baru

Anjuran: Pejabat Khidmat Masyarakat Ahli Parlimen Titiwangsa, Kg Baru

Berikut adalah suasana ketika sessi penerangan tersebut berlangsung;

Ucapan Pembukaan

Ucapan Oleh YB Dr Lo' Lo' Hj Mohd Ghazali
Ahli Parlimen Titiwangsa

Warga Kg Baru yang hadir

Sesi soaj jawab...



Sunday, June 29, 2008

SIRI PENERANGAN DRAF PEMBANGUNAN KL OLEH YB DR LO' LO'


Dikemaskini: Beberapa siri penerangan bakal dilakukan oleh YB Ahli Parlimen Titiwangsa, YB. Dr. Lo’ Lo’ Binti Dato’ Hj. Mohamad Ghazali bagi mendedahkan rakyat kepada isu itu. Selain itu, ianya bertujuan bagi mendapat maklum balas masyarakat setempat mengenai perkara itu.

Sesi ini akan berlangsung mengikut zon seperti berikut;

Zon Keramat
Tarikh : 29 Jun 2008 (Ahad)
Masa : 2 petang
Tempat : Dewan Masjid Al-Akram, Datok Keramat
Tarikh : 12 Julai 2008 (Sabtu)
Masa : 9 pagi
Tempat : Dewan Serbaguna Jalan Hamzah, Kg. Bharu

Zon Pandan
Tarikh : 12 Julai 2008 (Sabtu)
Masa : 3 petang
Tempat : Dewan Wirawati, Taman Maluri

Beberapa orang pakar akan turut hadir dalam sesi pembentangan itu bagi membantu masyarakat memahami implikasi pembangunan itu dari perlbagai sudut.

Kehadiran dan maklumbalas orang ramai terutama penduduk setempat amatlah diharapkan.

Oleh itu, anda semua dijemput hadir bagi memastikan hak dan kepentingan anda semua terbela.

Wednesday, June 4, 2008

Draf Pembangunan Kuala Lumpur

Warga Kuala Lumpur, khususnya Kg Baru telah ditawarkan dengan Draf Pembangunan Kuala Lumpur. Adakah tawaran ini membawa kebaikan & kemajuan kepada penduduknya?
Semua pihak perlu meneliti dan melahirkan pandangan dan idea bagi memastikan adakah ini bentuk kemajuan yang diimpikan.

Namun, perlu dingati adakah keistimewaan yang dikecapi oleh warga Kg Baru selama ini tidak terjejas? Perlu dimaklumi, Kg Baru merupakan satu-satunya kampung yang masih wujud di tengah-tengah Kuala Lumpur. Bahkan mempunyai Perlembagaan dan Akta Tubuh tersendiri.

Kita tidak mahu peristiwa pahit lalu serta yang terkini, Pulau Batu Putih menjadi ulangan. Jika dicatat sudah banyak tanah milik melayu hilang dan terlepas/bertukar tangan kerana kemajuan. Besar harapan sekiranya projek pembangunan kali ini menitik beratkan faktor-faktor tersebut.

Tetapi, amat ganjil jika dilihat Draf Pembangunan ini diwartakan. Bahkan pihak DBKL memberi tempoh yang amat singkat dalam memberi ruang kepada suara-suara memberi pandangan dan komen terhadap draf tersebut. Kenapa perlu tergesa-gesa?

Selain itu, banyak lagi tindakan pihak DBKL dalam melancarkan Draf Pembangunan itu masih menjadi tanda soal.

Oleh itu, kami ingin menyeru semua pihak terutama warga Kg Baru bangkit dan tampil memberi idea dan pandangan mengenai hal ini. Supaya manfaat tawaran pembangunan ini tiada kecacatan, malah semua pihak mengecapinya. Pejabat Wakil Rakyat kami sentiasa menerima kunjungan anda.