Semua pihak perlu meneliti dan melahirkan pandangan dan idea bagi memastikan adakah ini bentuk kemajuan yang diimpikan.
Namun, perlu dingati adakah keistimewaan yang dikecapi oleh warga Kg Baru selama ini tidak terjejas? Perlu dimaklumi, Kg Baru merupakan satu-satunya kampung yang masih wujud di tengah-tengah Kuala Lumpur. Bahkan mempunyai Perlembagaan dan Akta Tubuh tersendiri.
Kita tidak mahu peristiwa pahit lalu serta yang terkini, Pulau Batu Putih menjadi ulangan. Jika dicatat sudah banyak tanah milik melayu hilang dan terlepas/bertukar tangan kerana kemajuan. Besar harapan sekiranya projek pembangunan kali ini menitik beratkan faktor-faktor tersebut.
Tetapi, amat ganjil jika dilihat Draf Pembangunan ini diwartakan. Bahkan pihak DBKL memberi tempoh yang amat singkat dalam memberi ruang kepada suara-suara memberi pandangan dan komen terhadap draf tersebut. Kenapa perlu tergesa-gesa?
Selain itu, banyak lagi tindakan pihak DBKL dalam melancarkan Draf Pembangunan itu masih menjadi tanda soal.
Oleh itu, kami ingin menyeru semua pihak terutama warga Kg Baru bangkit dan tampil memberi idea dan pandangan mengenai hal ini. Supaya manfaat tawaran pembangunan ini tiada kecacatan, malah semua pihak mengecapinya. Pejabat Wakil Rakyat kami sentiasa menerima kunjungan anda.
No comments:
Post a Comment