Beberapa orang pakar akan turut hadir dalam sesi pembentangan itu bagi membantu masyarakat memahami implikasi pembangunan itu dari perlbagai sudut.
Kehadiran dan maklumbalas orang ramai terutama penduduk setempat amatlah diharapkan.
Kita tidak mahu peristiwa pahit lalu serta yang terkini, Pulau Batu Putih menjadi ulangan. Jika dicatat sudah banyak tanah milik melayu hilang dan terlepas/bertukar tangan kerana kemajuan. Besar harapan sekiranya projek pembangunan kali ini menitik beratkan faktor-faktor tersebut.
Tetapi, amat ganjil jika dilihat Draf Pembangunan ini diwartakan. Bahkan pihak DBKL memberi tempoh yang amat singkat dalam memberi ruang kepada suara-suara memberi pandangan dan komen terhadap draf tersebut. Kenapa perlu tergesa-gesa?
Selain itu, banyak lagi tindakan pihak DBKL dalam melancarkan Draf Pembangunan itu masih menjadi tanda soal.
Oleh itu, kami ingin menyeru semua pihak terutama warga Kg Baru bangkit dan tampil memberi idea dan pandangan mengenai hal ini. Supaya manfaat tawaran pembangunan ini tiada kecacatan, malah semua pihak mengecapinya. Pejabat Wakil Rakyat kami sentiasa menerima kunjungan anda.
Jelasnya, hal demikian mengakibatkan mereka terpaksa menjalankan aktiviti perniagaan di bahu-bahu jalan kerana tiada sesiapa yang mahu masuk ke dalam pasar tersebut.
Pada masa sama ujarnya, terdapat sebahagian daripada pemilik asal tapak perniagaan di pasar tersebut juga telah menyewakan premis perniagaan mereka kepada pendatang asing.
"Saya dimaklumkan bahwa tapak pasar di sana adalah di bawah kelolaan PKNS walaupun sebelum ini peniaga tidak membayar cukai atau yuran kepada PKNS," katanya.
Walau bagaimanapun ujarnya lagi, peniaga ini tidak memiliki 'legal document' kerana kelemahan pentadbiran pihak PKNS terdahulu dalam menguruskan masalah ini.
"Peniaga-peniaga ini juga tidak mengambil berat mengenai hak-hak mereka dalam isu pemilikan tapak perniagaan di pasar Kampung Baru," ujarnya lagi.
Lo' Lo' yang juga Pengerusi Lajnah Kebajikan PAS Pusat telah dimaklumkan bahawa PKNS telah menjual pemilikan pasar tersebut kepada DBKL.