Friday, May 30, 2008
YB Dr. Lo' Lo' - Khemah Ibadah & Motivasi Remaja
YB hadir awal, duduk bersama ibubapa mendengar ceramah
memberi ucapan perasmian penutup majlis
menyampaikan hadiah kepada peserta terbaik
cenderamata untuk YB Dr. Lo' Lo'
memberi ucapan perasmian penutup majlis
menyampaikan hadiah kepada peserta terbaik
cenderamata untuk YB Dr. Lo' Lo'
25/5/2008 (Ahad)
Program Khemah Ibadah & Motivasi Remaja yang berlansung pada 23-25/5/08 lalu
telah sempurna ditutup secara rasmi oleh YB Dr. Lo' Lo', sekalu Ahli Parlimen Titiwangsa.
Program tersebut merupakan anjuran Biro Remaja, Madrasah Babul Khairat PPR Perkasa
dengan kerjasama PKPIM dan ABIM.
Seramai 68 peserta terdiri daripada lelaki dan perempuan telah melibatkan diri sepanjang program tersebut. Yuran yang dikenakan pula adalah RM 5 sahaja sepanjang program tersebut.
Program tersebut merupakan aktiviti yang pertama seumpamanya diadakan di PPR Perkasa tersebut.
Pihak Penganjur telah melahirkan hasrat agar program ini menjadi program berkala, kerana sambutan dan kerjasama semua pihak yang cukup memberangsangkan.
Thursday, May 29, 2008
Pertemuan - Persatuan Peniaga Pasar Minggu
pertemuan & perkenalan dua pihak
perbicangan isu
penjelasan status
rekod lawatan
isu semasa
perbicangan isu
penjelasan status
rekod lawatan
isu semasa
25/5/2008 Ahad 10.00 malam
Suatu pertemuan diadakan di Pusat Khidmat Ahli Parlimen Titiwangsa di Kg Baru
diantara YB Dr Lo' Lo' Bersama Persatuan Peniaga Pasar Minggu,
bagi membincangkan isu Pasar Minggu yang telah mendapat notis
pindah dari DBKL.
Pertemuan itu dapat memberikan input dan penjelasan
mengenai status pasar minggu kepada YB Ahli Parlimen.
YB juga telah menjelaskan status dan tahap kuasa yang beliau miliki
dalam membantu masalah tersebut.
Majlis pertemuan itu berlangsung dengan lancar
serta beberapa pandangan dan pendapat yang dilontarkan memerlukan
tindakan lanjut bagi menyokong hujah-hujah & fakta yang dikemukakan.
Bagi memudahkan urusan YB mengutarakan isu tersebut
ke pihak yang lebih layak mengendalikan kes terbabit.
Monday, May 26, 2008
DBKL tindas penduduk Pasar Minggu, Kampung Baru
Kampung Baru yang terletak ditengah-tengah ibukota Kuala Lumpur adalah satu-satunya perkampungan orang Melayu yang tinggal di kota metropolitan ini. Keunikan Kampung Baru telah menyebabkan ianya menjadi salah satu destinasi wajib bagi pelancong-pelancong yang datang ke Malaysia.
Baru-baru ini Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bertindak biadap dan kurang ajar apabila mereka mengistiharkan kawasan Pasar Minggu Kampung Baru sebagai setinggan.
Pada 24 Mei 2008, lebih kurang pada pukul 11.20 pagi sekumpulan pasukan Penguatkuasa DBKL datang ke Pasar Minggu dan menampal notis supaya pendudukberpindah. Klik disini untuk membaca tindakan kurang ajar DBKL yang selanjutnya.
Jumaat lalu, DBKL telah berhadapan dengan tiga demonstrasi sekaligus:
KES 1: Penduduk Pasar Minggu, Kampung Baru membantah tindakan DBKL yang mendakwa kampung mereka sebagai kawasan setinggan. KES 2: Penduduk Kampung Abdullah Hukum mendakwa mereka ditindas oleh DBKL dan tidak diberi pampasan yang sewajarnya.KES 3: Penduduk dan peniaga Taman Desa Setapak membantah tindakan DBKL meroboh gerai mereka.
DBKL harus menyelesaikan isu penduduk Pasar Minggu Kampung Baru secepat mungkin sebelum mereka berhadapan dengan demonstrasi yang lebih besar. Ingat, sekarang rakyat semakin bijak dan berani. Walaupun saya bukan penduduk Pasar Minggu Kampung Baru, saya amat bersimpati dan menyokong perjuangan mereka.
Diharap anda juga akan bersama.
Bangun Melawan Pemerintah Yang Zalim!!!
Gambar ehsan dari blog http://beliapasarminggu.blogspot.com/
Wednesday, May 21, 2008
Dr Lo' Lo' timbulkan keperluan sekolah agama di KL
Anis Nazri Wed May 21, 08 7:18:51 am MYT
KUALA LUMPUR, 21 Mei (Hrkh) - Dr Lo' Lo' Haji Ghazali (PAS-Titiwangsa) memohon penjelasan sekiranya kerajaan mempunyai cadangan dan hasrat untuk menubuhkan sekolah agama atau maahad tahfiz bantuan penuh kerajaan di Kuala Lumpur, di Dewan Rakyat, semalam.
Beliau ketika bangun mengemukakan soalan kepada Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP), berkata setakat ini hanya ada sebuah sekolah agama bantuan penuh kerajaan iaitu Sekolah Menengah Agama Kuala Lumpur, yang terletak di Kepong.
Sedangkan, tambah beliau sekolah-sekolah agama itu dilihat begitu mendesak keperluannya kepada masyarakat di Kuala Lumpur.
Menteri KWP, Dato' Seri Zulhasnan Rafique, ketika menjawap persoalan itu, berkata soal penubuhan sekolah-sekolah yang dinyatakan itu berada di bawah bidang kuasa Jabatan Perdana Menteri, Jabatan Agama Islam, dan Majlis Agama Islam.
Bagaimanapun, beliau tidak menolak kemungkinan kerajaan berhasrat untuk menubuhkan sekolah berkenaan. - mks. (Harakah Daily)
RM10 juta untuk bangunkan semula Stadium Jalan Raja Muda
Anis Nazri Wed May 21, 08 1:32:54 pm MYT
KUALA LUMPUR, 21 Mei (Hrkh) - Sidang Dewan Rakyat hari ini memberikan ruang kepada Dr Lo' Lo' Mohamad Ghazali (PAS-Titiwangsa) membangkitkan soalan kepada Kementerian Belia dan Sukan berkenaan Stadium Jalan Raja Muda berhubung perancangan kementerian itu.
Menjawap soalan tersebut, kementerian terbabit menyatakan bahawa kementerian telah memperuntukkan sebanyak RM10 juta untuk membangunkan stadium tersebut dengan kemudahan sukan yang lebih sesuai untuk kegunaan komuniti, selain dijadikan Pusat Kecemerlangan Sukan atlet remaja Kuala Lumpur.
Dalam pada itu, kementerian terbabit turut menyatakan kemudahan-kemudahan yang dikenal pasti untuk dibangunkan, antaranya pejabat, asrama, gimnasium, dewan latihan gimrama, kolam renang 25 meter, dewan permainan 'indoor' futsal, badminton dan lain-lain, membaik pulih padang sedia ada dan infrastruktur luaran seperti tempat letak kereta dan rumah pengawal.
Bagaimanapun, pembangunan projek ini perlu dikaji semula apabila kementerian mendapati tawaran-tawaran yang diterima melalui tender terbuka melebihi kos peruntukan yang ditetapkan Unit Perancang Ekonomi (EPU) iaitu RM 11.5 juta.
Stadium tersebut dibina pada 1944 dan dirasmikan pada 1958. Bangunan asal yang sedia ada tidak dikategorikan di bawah Akta Warisan Negara dan ini membolehkan ia dirobohkan untuk tujuan pembangunan. - mns (Harakah Daily)
Tuesday, May 20, 2008
Friday, May 16, 2008
Wednesday, May 14, 2008
Monday, May 5, 2008
Subscribe to:
Posts (Atom)