Wednesday, May 21, 2008

Dr Lo' Lo' timbulkan keperluan sekolah agama di KL

Anis Nazri Wed May 21, 08 7:18:51 am MYT

KUALA LUMPUR, 21 Mei (Hrkh) - Dr Lo' Lo' Haji Ghazali (PAS-Titiwangsa) memohon penjelasan sekiranya kerajaan mempunyai cadangan dan hasrat untuk menubuhkan sekolah agama atau maahad tahfiz bantuan penuh kerajaan di Kuala Lumpur, di Dewan Rakyat, semalam.

Beliau ketika bangun mengemukakan soalan kepada Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP), berkata setakat ini hanya ada sebuah sekolah agama bantuan penuh kerajaan iaitu Sekolah Menengah Agama Kuala Lumpur, yang terletak di Kepong.

Sedangkan, tambah beliau sekolah-sekolah agama itu dilihat begitu mendesak keperluannya kepada masyarakat di Kuala Lumpur.

Menteri KWP, Dato' Seri Zulhasnan Rafique, ketika menjawap persoalan itu, berkata soal penubuhan sekolah-sekolah yang dinyatakan itu berada di bawah bidang kuasa Jabatan Perdana Menteri, Jabatan Agama Islam, dan Majlis Agama Islam.

Bagaimanapun, beliau tidak menolak kemungkinan kerajaan berhasrat untuk menubuhkan sekolah berkenaan. - mks. (Harakah Daily)

No comments: