Anis Nazri Wed May 21, 08 1:32:54 pm MYT
KUALA LUMPUR, 21 Mei (Hrkh) - Sidang Dewan Rakyat hari ini memberikan ruang kepada Dr Lo' Lo' Mohamad Ghazali (PAS-Titiwangsa) membangkitkan soalan kepada Kementerian Belia dan Sukan berkenaan Stadium Jalan Raja Muda berhubung perancangan kementerian itu.
Menjawap soalan tersebut, kementerian terbabit menyatakan bahawa kementerian telah memperuntukkan sebanyak RM10 juta untuk membangunkan stadium tersebut dengan kemudahan sukan yang lebih sesuai untuk kegunaan komuniti, selain dijadikan Pusat Kecemerlangan Sukan atlet remaja Kuala Lumpur.
Dalam pada itu, kementerian terbabit turut menyatakan kemudahan-kemudahan yang dikenal pasti untuk dibangunkan, antaranya pejabat, asrama, gimnasium, dewan latihan gimrama, kolam renang 25 meter, dewan permainan 'indoor' futsal, badminton dan lain-lain, membaik pulih padang sedia ada dan infrastruktur luaran seperti tempat letak kereta dan rumah pengawal.
Bagaimanapun, pembangunan projek ini perlu dikaji semula apabila kementerian mendapati tawaran-tawaran yang diterima melalui tender terbuka melebihi kos peruntukan yang ditetapkan Unit Perancang Ekonomi (EPU) iaitu RM 11.5 juta.
Stadium tersebut dibina pada 1944 dan dirasmikan pada 1958. Bangunan asal yang sedia ada tidak dikategorikan di bawah Akta Warisan Negara dan ini membolehkan ia dirobohkan untuk tujuan pembangunan. - mns (Harakah Daily)
No comments:
Post a Comment